baby scanhd live

Pentingkah 2D Scan Untuk Bayi ??





APA ITU DETAILS SCAN ?

Detail Scan dikenali juga sebagai Anomaly Scan dalam 2D ultrasound scan. Details scan disarankan dilakukan pada minggu ke 18 dan minggu ke -24. Tujuan utama Detail Scan ialah

  • Menilai umur bayi (GA), perkembangan dan kedudukan bayi
  • Mengetahui perkembangan dan struktur keabnormalan bayi. Detail Scan dapat mengesan 80% fizikal keabnormalan yang serius. Tetapi scan ini tidak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti sindrom down. 
  • Menilai tahap air ketuban dan kedudukan uri

Jangka masa untuk melakukan Detail Scan ialah selama 20 minit akan tetapi kemungkinan akan mengambil masa yang lama terutama apabila kedudukan bayi tidak ideal untuk melihat organ-organ tertentu seperti jantung jika tulang belakang bayi menghadap ke atas. Adakalanya scan perlu dijadual semula jika kedudkan bayi sukar untuk di scan.

FIZIKAL BAYI YANG UTAMA BOLEH DIKESAN MELALUI DETAIL SCAN


  1. Kepala termasuk pengukuran struktur otak
  2. Fizikal muka termasuk bibir, tulang hidung, lens mata
  3. Leher
  4. Struktur jantung
  5. Abdomen termasuk perut, buah pinggang, usus, diafragma, paru-paru, pundi kencing dan sebagainya
  6. Tulang kaki dan tangan termasuk jari
  7. Jantina
  8. Servik ibu
  9. Pemasukan tali pusat pada badan bayi (Cord insertion)
  10. Tahap air ketuban
  11. Kedudukan uri
  12. Kedudukan bayi 


BAGAIMANA ULTRASOUND DETAIL SCAN MENGESAN KEABNORMALAN JANIN ?



  • Hari ni ultrasound digunakan secara meluas untuk mengesan keabnormalan janin. Kadar pengesanan keabnormalan janin boleh berbeza di antara 16-85%. Kecacatan yang serius memberi pengesanan yang lebih baik iaitu antara 60-86%. Sesetengah kecacatan hanya berlaku pada lewat kehamilan. Contohnya Ventriculomegaly atau Hydrocephalus (pengumpulan cecair di dalam otak)
  • Pengesanan bergantung kepada kualiti imej ultrasound. Imej yang lebih jelas akan menungkatkan pengesanan keabnormalan. Faktor yang akan menjejaskan kualiti imej ialah :
  1. Ketebalan lapisan tisu lemak ibu - Semakin tebal lapisan lemak, kualiti akan semakin rendah. 
  2. Kedudukan bayi - Kedudukan bayi adalah penting. Jika bayi duduk dalam keadaan tulang belakangnya ke atas, ia menjadi sangat sukar untuk melihat struktur jantung bayi disebabkan bayang-bayang tulang belakang bayi menghalang kelihatan struktur jantung bayi. 
  3. Kekurangan air ketuban -Cecair air ketuban merupakan media yang baik untuk perjalanan gelombang ultrasound. Jika air ketuban berkurang, keputusan kualiti imej juga akan menjadi kabur.
  4. Kualiti mesin - Mesin yang lebih mahal mempunyai fungsi dan kualiti yang lebih baik.
  5. Pengalaman dan teknik sonographer - Pengalaman sonographer juga menjejaskan kadar pengesanan. Sebagai seorang sonography, amat penting untuk mengesan keabnormalan dalam ultrasound scan.


JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN KEABNORMALAN BIASA YANG BOLEH DIKESAN DALAM DETAIL SCAN 







  • Kira-kira 20% daripada semua keabnormalan tidak akan dilihat dalam Detail Scan kerana keabnormalan ini sukar untuk mengesan atau mungkin juga akan muncul di akhir kehamilan anda. Jadi ada kemungkinan bayi anda mempunyai keabnormalan pada kelahiran yang tidak dikesan semasa Detail Scan.


JADUAL DIBAWAH MENUNJUKAN KETEPATAN ULTRASOUND SCAN MENGESAN KEABNORMALAN BAYI DALAM PERINGKAT KEHAMILAN YANG BERBEZA






VIDEO MENUNJUKKAN SEBAHAGIAN DARIPADA DETAIL SCAN






Jika berminat untuk melakukan ultrasound scan di Sonovison, anda boleh klik tertera dibawah untuk booking tarikh dengan kami.
(Tidak perlu pembayaran semasa booking tarikh)

http://appointment.sonovisionultrasound.com.my/index

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib