parenting

12 Idea Aktiviti Rangsangan Bayi 1 Tahun

Bila anak dah mula duduk, banyak aktiviti rangsangan yang boleh dilakukan. Jangan sia-siakan masa yang ada. Paling mustahak jangan biarkan anak lakukan aktiviti bersendirian, sentiasalah pantau supaya kemalangan dan perkara tidak diingini dapat dielakkan.
Berikut adalah 5 alasan mengapa aktiviti sensori ini bermanfaat:

1) Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2) Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3) Membangun dan meningkatkan memori
4) Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5) Membantu anak belajar sifat deria (panas, sejuk, melekit, kering dan sebagainya)

Image may contain: one or more people
Sediakan sebuah tin dan pipe cleaner pelbagai warna. Biarkan si kecil memasukkan satu pipe cleaner bagi setiap lubang.
Image may contain: one or more people
Aktiviti mencedok dan menapis keluar bola dari di dalam air merangsang motor halus pada tangan. Ia juga membiarkan si manja tahu sifat cecair dan bola yang terapung di dalam air.
Image may contain: one or more people and people sitting
Tin berpenutup dan penutup balang jem sebegini adalah mainan hasil DIY. Bagus untuk merangsang koordinasi mata-tangan.


Image may contain: one or more people
Beras ialah objek yang halus seperti pasir, boleh meningkatkan sensori sentuhan pada anak. Biarkan dia bermain tetapi kawal dan pantau selalu untuk elakkan objek dimasukkan ke dalam mulut.
Image may contain: one or more people, people sitting, people eating and food
Tray telur dan objek kecil seperti bebola atau pompom antara mainan yang boleh anda buat sendiri untuk si manja.

Image may contain: one or more people
Aktiviti menggunakan scoop begini memahirkan kawalan dan koordinasi tangan. Tapi papa dan mama kenalah pantai kerana bimbang pasta dimasukkan ke dalam mulut pula!
Image may contain: one or more people and people sitting
Melukis dengan berus dan air pada kertas berwarna sudah cukup buat si kecil terhibur.
Image may contain: one or more people
Botol kosong yang ditebuk lubang dan beberapa batang putik kapas merangsang keupayaan motor halus.
Image may contain: one or more people and baby
Lekatkan beg sensori pada dinding dan biarkan si manja bermain dengan menggerakkan dan mencubit objek di dalam beg tersebut
Image may contain: 1 person, smiling
Pompom dan botol kosong sudah cukup untuk buat si kecil busy! Ia juga boleh menajamkan kemahiran motor pada tangan dan jari
Image may contain: 1 person, baby and food
Aktiviti memindahkan objek menggunakan penapis tentu menyeronokkan
Image may contain: 1 person, sitting
Memanfaatkan masa yang ada dengan alat permainan ini menajamkan kemahiran menggenggam dan memasukkannya ke dalam lubang

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib