pregnancy

Tendangan Bayi Boleh Dirasai Pada Minggu Ke-18


Sekiranya ibu sudah melepasi trimester pertama kehamilan, ibu sudah semakin lega dan seronok, ini kerana tiada lagi rasa mual dan loya seperti dialami di awal kehamilan. Ibu sepatutnya berasa lebih sihat dan bertenaga.

Perubahan bentuk badan juga sedikit demi sedikit kelihatan, sementara itu bayi dalam kandungan juga telah terbentuk sepenuhnya dan mendapat nutrien daripada plasenta anda sejak awal kehamilan lagi. Bayi akan semakin bertambah membesar pada minggu seterusnya.

Memasuki trimester kedua kehamilan, banyak perkembangan yang berlaku kepada bayi anda. Paling ketara bayi semakin bertambah keaktifannya. Biasanya menginjak minggu ke-18, ibu akan mula merasakan pergerakan bayi. Untuk ibu baharu pertama kali mengandung, adakalanya ia sukar merasai bentuk pergerakan tersebut. Jangan risau kerana semakin lama anda pasti dikejutkan dengan tendangan kecil bayi comel anda. Gerakan pertamanya dimulakan dengan gerakan kontraksi dan relaksasi otot dada. Gerakan ini bermaksud bayi menghirup dan menghembuskan cecair amniotik (air ketuban) ibu. Air ketuban sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk perkembangan paru-parunya.

Pergerakan kedua yang dilakukan oleh bayi adalah gerakan yang dilakukan oleh kaki dan tangannya. Bayi akan mencakar, menendang dan berpusing. Bahkan pada trimester kedua juga bayi gemar menghisap jarinya.

Sementara itu pergerakan ketiga yang biasa dilakukan oleh bayi adalah ekspresi wajah. Pelbagai mimik muka dibuat oleh bayi. Jika bernasib baik ibu boleh melihat ekspresi wajah bayi ketika melakukan pemeriksaan ujian imbasan terperinci (ultrasound scan).

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib