Bila anak dah mula duduk, banyak aktiviti rangsangan yang boleh dilakukan. Jangan sia-siakan masa yang ada. Paling mustahak jangan biarkan anak lakukan aktiviti bersendirian, sentiasalah pantau supaya kemalangan dan perkara tidak diingini dapat dielakkan.
Berikut adalah 5 alasan mengapa aktiviti sensori ini bermanfaat:
1) Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2) Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3) Membangun dan meningkatkan memori
4) Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5) Membantu anak belajar sifat deria (panas, sejuk, melekit, kering dan sebagainya)
2) Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3) Membangun dan meningkatkan memori
4) Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5) Membantu anak belajar sifat deria (panas, sejuk, melekit, kering dan sebagainya)
Sediakan sebuah tin dan pipe cleaner pelbagai warna. Biarkan si kecil memasukkan satu pipe cleaner bagi setiap lubang. |
Aktiviti mencedok dan menapis keluar bola dari di dalam air merangsang motor halus pada tangan. Ia juga membiarkan si manja tahu sifat cecair dan bola yang terapung di dalam air. |
Tin berpenutup dan penutup balang jem sebegini adalah mainan hasil DIY. Bagus untuk merangsang koordinasi mata-tangan. |
Beras ialah objek yang halus seperti pasir, boleh meningkatkan sensori sentuhan pada anak. Biarkan dia bermain tetapi kawal dan pantau selalu untuk elakkan objek dimasukkan ke dalam mulut. |
Tray telur dan objek kecil seperti bebola atau pompom antara mainan yang boleh anda buat sendiri untuk si manja. |
Aktiviti menggunakan scoop begini memahirkan kawalan dan koordinasi tangan. Tapi papa dan mama kenalah pantai kerana bimbang pasta dimasukkan ke dalam mulut pula! |
Melukis dengan berus dan air pada kertas berwarna sudah cukup buat si kecil terhibur. |
Botol kosong yang ditebuk lubang dan beberapa batang putik kapas merangsang keupayaan motor halus. |
Lekatkan beg sensori pada dinding dan biarkan si manja bermain dengan menggerakkan dan mencubit objek di dalam beg tersebut |
Pompom dan botol kosong sudah cukup untuk buat si kecil busy! Ia juga boleh menajamkan kemahiran motor pada tangan dan jari |
Aktiviti memindahkan objek menggunakan penapis tentu menyeronokkan |
Memanfaatkan masa yang ada dengan alat permainan ini menajamkan kemahiran menggenggam dan memasukkannya ke dalam lubang |
No comments:
Post a Comment