Tidak
seperti lelaki yang menghasilkan sperma setiap hari speanjang hidup mereka,
wanita dilahirkan dengan kesemua telur yang mereka akan ada, tersimpan dalam
ovari mereka. Anda dilahirkan dengan satu hingga dua juta telur, namun hanya
sebehagian daripada jumlah ini sahaja yang akan dibebaskan sepanjang hidup anda.
Bekalan telur ini semakin berkurangan apabila usia meningkat. Ketika anda pertama kali datang haid, biasanya di antara usia kira-kira 10 dan14 tahun, hanya kira-kira 300,000 telur yang masih boleh digunakan.
Sekurang-kurangnya satu daripada telur-telur ini akan matang pada setiap kitaran haid, dan dibebaskan dari ovari semasa ovulasi berlaku. Telur ini ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, dan bergerak dengan gerakan lembut beralun hingga sampai ke uterus (rahim).
Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja ia sampai ke uterus. Di sini ia akan membesar menjadi bayi dan plasenta.
Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan terkeluar bersama dengan lapisan dinding uterus apabila anda datang haid.

Apakah kitaran
haid biasa?
Purata satu kitaran haid berlangsung
selama 28 hingga 29 hari. Ini dikira dari hari pertama anda datang haid hingga
ke hari sebelum haid berikutnya. Sesetengah wanita mempunyai kitaran lebih
pendek, berlangsung selama 22 hari sahaja, dan sesetengah yang lain lebih lama,
berlangsung sehingga 36 hari. Biasa juga berlaku kepanjangan kitaran seorang wanita itu berbeza dari bulan ke bulan.
Apabila anda semakin berumur dan menghampiri menopause, anda mungkin dapati kepanjangan kitaran haid anda berubah. Semakin meningkat usia anda, kitaran haid biasanya jadi lebih pendek. Anda mungkin dapati kitaran anda jadi panjang sehingga beberapa bulan, atau memendek kepada dua atau tiga minggu, apabila semakin dekat dengan menopause.
Apa yang berlaku
ketika ovulasi?
Apabila tahap estrogen meningkat,
tahap FSH jatuh buat seketika dan kemudian naik semula, disertai dengan
peningkatan mendadak hormon luteinising (LH) dari kelenjar pituitari. Ini merupakan hormon yang mencetuskan ovulasi, saat di mana telur yang paling matang memecah keluar dari kantungnya dan menjauhi ovari. Telur itu ditangkap dengan serta-merta oleh cabang-cabang di hujung tiub fallopio.
Apa yang berlaku
selepas ovulasi?
Dalam ovari, folikel yang
kini kosong runtuh dan menjadi korpus luteum. Gumpalan sel kuning kecil ini mula
mengeluarkan hormon progesteron. Progesteron mengubah mukus dalam serviks
supaya sekali lagi, ia tidak dapat ditembusi oleh sperma. Anda mungkin perasan
mukus anda menjadi pekat dan melekit pada peringkat kitaran ini.Progesteron juga bertindak ke atas lapisan uterus, membuatnya menjadi tebal dan mampung akibat penambahan bekalan darah, menjadinya sedia untuk menerima telur yang disenyawakan. Ketika tahap progesteron meningkat, payudara anda mungkin berasa regang dan mencucuk-cucuk.
Apa yang berlaku
jika persenyawaan terjadi?
Jika telur disenyawakan di
tiub fallopio, ia akan terus bergerak ke uterus, di mana ia menanamkan diri ke
dalam lapisannya. Pada peringkat implantasi ini, telur yang disenyawakan itu
mengandungi kira-kira 150 sel. Perjalanan dari ovari ke uterus ini mengambil
masa kira-kira enam hingga 12 hari.
Bagaimana jika
persenyawaan tidak berlaku?
Jika telur tidak
disenyawakan atau tidak berjaya diimplantasi, ia mula hancur dan korpus luteum
mengecut. Tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan uterus anda mula
mengeluarkan prostaglandin. Kimia-kimia ini menyebabkan perubahan dalam bekalan darah ke uterus anda, memecahkan lapisan, dan merangsang rahim untuk kontraksi. Haid anda bermula dan lapisan uterus tanggal bersama-sama dengan telur yang tak disenyawakan, dan kitaran haid anda bermula sekali lagi.
Sumber : BabyCenter
No comments:
Post a Comment