parenting

Ciri-Ciri Autism Yang Boleh Dilihat Pada Anak

Related image

Tahukah anda, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnosis? Walaupun begitu, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak.

Statistik baru-baru ini mendedahkan 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka berusia 2 tahun.

Sedangkan, tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi. 


Image result for autism

Ciri autisme #1: Perkembangan motor yang lambat


Adakah perkembangan motor anak anda sedikit lambat? Contohnya seperti berguling, merangkak, berjalan atau bercakap?

Antara perkembangan motor yang lambat seperti:

  • Bayi umur 6 bulan: tidak boleh senyum atau menunjukkan reaksi riang
  • Bayi umur 9 bulan: tidak mengeluarkan bunyi dan ekpresi muka
  • Bayi umur 12 bulan: tidak mahu “baby talk“, lambat bercakap, tidak mahu melambai dan sebagainya


Ciri ciri autisme #2: Mahu perhatian anda secara berlebihan




Anda boleh lihat tanda dan simptom autisme yang satu ini apabila anak seakan-akan tidak selesa dengan orang lain. Mereka hanya mahu memeluk dan mendapatkan perhatian anda.

Ini bermakna mereka sukar untuk berhubung dengan individu lain. Malah, anak juga mungkin tidak sedar dan tidak berminat dengan persekitarannya.

Biasanya, bayi kecil mungkin tidak mahu dengan orang. Tapi jika anak yang sudah semakin besar pun menunjukkan sikap yang sama, hati-hati!

Anak autistik akan sukar untuk membuat kawan dan bermain. 

Ciri ciri kanak kanak autisme #3: Kurang pergerakan


Anak autisme akan kurang menunjukkan pergerakan seperti menunjuk. Mereka seakan-akan keras seperti “robot”. 

Mereka juga tidak akan melambai, menunjukkan sesuatu atau cuba mencapai benda yang diingini mereka.

Biasanya, perkembangan ini akan dicapai oleh bayi ketika mereka berusia 9 hingga 10 bulan.

Ciri ciri autisme #4: Perbuatan berulang


Anda perasan anak ada menunjukkan tanda autisme yang satu ini?
Anak sering melakukan perbuatan berulang seperti mengibas-ngibas tangannya, atau melakukan pergerakan abnormal seperti memusing tangan? 
Anak autistik amat gemar dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari, memandang siling dan sebagainya.
Malah mereka juga mungkin akan meniru bunyi dan perkataan yang didengar mereka berulang-ulang kali.
tanda autisme, ciri ciri autisme, ciri-ciri autisme, gangguan autisme, autisme itu apa, punca autisme, ciri autisme ringan, tanda awal autisme, tanda-tanda autisme, ciri autisme, simptom autisme, ciri anak autisme, ciri ciri kanak kanak autisme,

Ciri ciri kanak kanak autisme #5: Tiada ‘baby talk’

Walaupun ibu bapa tidak akan faham apa yang anak “bebelkan”, anak autistik lebih cenderung untuk tidak melakukannya.
Malah, jika mereka sudah semakin besar, mereka mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran untuk bercakap seperti tidak mampu menjawab soalan, sering mengulangi perkataan sama, tidak memahami arahan dan sukar menyatakan kehendak mereka.

Simptom autisme #6: Tidak respon jika dipanggil

Walaupun bayi sudah masuk usia 6 hingga 12 bulan, namun mereka masih tidak memberi respon jika namanya dipanggil? Itu mungkin satu lagi tanda autisme!
Ini kerana kebiasaannya, anak autistik memang sukar untuk membina hubungan sosial dengan orang lain.
Sebab itu juga mereka sukar untuk disentuh, tidak mahu bermain permainan “olok-olok” dan suka meniru orang lain.
Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka seakan tidak mendengar apa yang orang lain cakap pada mereka.
Malah, mereka tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang disertai ramai orang!
tanda autisme, ciri ciri autisme, ciri-ciri autisme, gangguan autisme, autisme itu apa, punca autisme, ciri autisme ringan, tanda awal autisme, tanda-tanda autisme, ciri autisme, simptom autisme, ciri anak autisme, ciri ciri kanak kanak autisme,

Ciri ciri autisme ringan #7: Tiada ‘eye contact’


Ibu bapa, perhatikan tanda yang penting ini: Adakah anak anda jarang menunjukkan eye contact? Bagaimana dengan penglihatannya?

Adakah dia akan mengikut jika anda menunjukkan objek padanya? Tiada eye contactadalah salah satu tanda awal autisme yang anda boleh kenalpasti.

Jika anda mahukan kepastian, ketika tengah beri bayi makan, cuba senyum dan pandang matanya. Lihat bagaimana respon si kecil itu.

Ciri autisme ringan #8: Kurang senyum!


Pada usia 6 bulan ke atas, bayi biasanya akan mula memberikan senyuman gusi pertama pada ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
Tapi jika anak anda tidak mahu senyum atau jarang senyum, hati-hati! Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya. 
Malah, perhati juga jika anak sukar untuk menunjukkan ekpresi muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak autistik.

Ciri autisme ringan #9: Anak tidak fleksibel


Ciri autisme ringan yang paling biasa boleh dilihat adalah anak tidak mampu menerima perubahan.

Contohnya mereka ada jadual yang ketat untuk diikut. Kalau anda melakukan sedikit perubahan, mereka mungkin mampu mengamuk!

Malah, anak autistik juga sukar untuk melepaskan barang kesayangannya. Mereka mempunyai postur badan yang kurang normal dan lebih bersikap cuai.

Mereka juga cenderung untuk menyusun barangan kesayangan mereka berulang-ulang kali.

Jika anda dapat mengesan beberapa tanda di antara 9 tanda-tanda ini, segera dapatkan pandangan pakar.

SUMBER : theasianparents

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib