parenting

Nutrien Penting Untuk Bayi

Sumber makanan berkhasiat untuk ibu hamil


Kalsium

Jumlah harian: 800mg (1,250mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda:Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.

Sumber makanan:

  • 200ml susu: 230mg
  • 200ml susu kacang soya diperkaya: 273mg
  • 1 karton kecil yogurt: 225mg
  • 1 roti naan: 273mg
  • 4 biji buah ara kering: 168mg

Kromium

Jumlah harian: Tiada RDA

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.

Sumber makanan:

  • 85g ayam panggang tanpa kulit: 22mcg
  • 1 keping roti bijian penuh: 16mcg

Tembaga

Jumlah harian: 1.2mg (1.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah

Sumber makanan:

  • 150g (1 cawan) kacang lentil hijau/perang: 0.50mg
  • 100g (4 sudu besar) kacang merah: 0.24mg
  • sebiji mangga: 0.25mg

Fluorida

Jumlah harian: Tiada RDA

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal

Sumber makanan:

  • Air (air paip di Malaysia diperkuat dengan fluorida)
  • Juga, 1 cawan kale yang telah dimasak: 0.205mg
  • 1 biji epal sederhana besar: 0.093mg

Asid Folik

Jumlah harian: 300mcg (360mcg untuk ibu-ibu yang menyusukan ) ditambah 400mcg suplemen sebelum konsepsi dan untuk tiga bulan pertama kehamilan

Adakah anda perlukan suplemen? Ya

Manfaat kepada bayi anda: Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.

Sumber makanan:

  • Setengah cawan kacang lentil masak: 179mcg,
  • 7 sudu besar kepingan bran: 113mcg
  • 1 biji pisang sederhana besar: 20mcg
  • 2 tangkai brokoli: 61mcg
  • sebiji oren bersaiz besar: 54mcg

Iodin

Jumlah harian: 140mcg

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.

Sumber makanan:

  • Garam biasa beriodin
  • ikan
  • rumpai laut
  • susu
  • produk tenusu
  • juga dalam air minuman berfluorida.

Zat besi

Jumlah harian: 14.8mg

Adakah anda perlukan suplemen? Ya, jika diarahkan doktor.

Manfaat kepada bayi anda: Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi. 

Sumber makanan:

  • Gabungan sumber haiwan dan tumbuhan,
  • 85g daging batang pinang, kira-kira 2.4mg
  • 4 sudu besar kacang kuda dimasak: 2.2mg
  • 3 sudu besar daun bawang: 1mg
  • 7 sudu besar kepingan bran: 9mg
  • 1/2 tin besar kacang panggang: 2.8mg
  • 85g daging tanpa lemak: 2.4mg
  • 2 1/2 sudu besar kacang pis beku: 1.1mg

Magnesium

Jumlah harian: 270mg (320mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu 

Sumber makanan:

  • 9 biji kacang Brazil: 123mg
  • 2 1/2 sudu besar bayam: 44mg
  • 2 1/2 sudu besar kacang bendi: 77mg
  • 4 sudu besar nasi beras perang: 71mg

Mangan

Jumlah harian: Tiada RDA

Adakah anda perlukan suplemen? Tiada

Manfaat kepada bayi anda: Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat 

Sumber makanan:

  • 170g nasi beras merah: 6.93mg
  • 1 cawan bubur: 0.95mg
  • 175g kacang hitam dimasak: 0.76mg

Asid Pantotenik

Jumlah harian: Tiada RDA

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak. 

Sumber makanan:

  • 1 biji telur rebus bersaiz sederhana: 1.1mg
  • 1/2 avokado bersaiz sederhana: 1.1mg
  • 1 cawan susu: 1mg

Fosforus

Jumlah harian: 550mg (990mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.

Sumber makanan:

  • 85g ikan salmon dalam tin (termasuk tulangnya): 279mg
  • 175g kacang pinto dimasak: 273mg; 1 cawan susu: 247mg
  • 175g kacang hitam dimasak: 241mg

Potasium

Jumlah harian: 3,500mg

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf. 

Sumber makanan:

  • 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 844.4mg
  • 240ml jus prun: 706.6mg
  • 1 cawan kismis: 575mg
  • 10 biji aprikot kering: 482mg

Riboflavin

Jumlah harian: 1.14mg (1.16 mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda. 

Sumber makanan:

  • 1 cawan yogurt: 0.5mg
  • 85g daging itik tanpa kulit: 0.4mg
  • 1/2 cawan cendawan rebus: 0.2mg
  • 1/2 cawan keju rikota: 0.2mg

Thiamin

Jumlah harian: 0.9mg (1mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf. 

Sumber makanan:

  • sekeping roti naan: 0.32mg
  • 1 sudu besar Marmite: 0.46mg

Vitamin A

Jumlah harian: 700mcg (950 untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah. 

Sumber makanan:

  • 180ml jus lobak merah dalam tin: 4,738 RE
  • 1 keledek bakar: 2,488 RE
  • 1 lobak merah mentah: 2,025.4 RE
  • 1 cawan tembikai: 515.2 RE

Vitamin B6

Jumlah harian: 0.96mg

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf. 

Sumber makanan:

  • 1 biji pisang bersaiz sederhana: 0.7mg
  • 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 0.7mg
  • 1 cawan kacang kuda: 0.6mg
  • 85g dada ayam: 0.5mg

Vitamin C

Jumlah harian: 50mg (80mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi. 

Sumber makanan:

  • 240ml jus oren: 124mg
  • 1 cawan strawberi: 84.5mg
  • 2 tangkai brokoli: 32mg
  • 2 biji tomato: 30mg

Vitamin D

Jumlah harian: 10mcg

Adakah anda perlukan suplemen? Tidak

Manfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi.

Sumber makanan:

  • 1 keping stik salmon: 0.22mg
  • 200ml susu: 0.08mg
  • 2 filet ikan plais (ikan sebelah): 0.36mg

Zink

Jumlah harian: 7mg (9.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)

Adakah anda perlukan suplemen? Ya

Manfaat kepada bayi anda: Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran. 

Sumber makanan:

  • 2 kepingan tebal daging lembu/kambing: 4.6mg
  • 30g biji bunga matahari: 1.5mg
  • 1/2 tin kecil tuna: 1mg

SUMBER : BabyCenter

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib