scan

Breast Scan (Ultrasound Scan Payudara)


Kenapa wanita perlu buat breast scan?

1. Mengenalpasti benjolan/ketulan tisu payudara

Oleh kerana prosedur yang mudah dan cepat, ultrasound digunakan sebagai primary investigation sekiranya terdapat keganjilan/abnormalities yang dikesan semasa pemeriksaan fizikal oleh doktor atau pemeriksaan sendiri di rumah. 

2. Mengesan barah payudara atau breast cancer

Mammogram masih dianggap teknik pengimejan utama dalam rutin mengesan barah payudara (breast cancer screening ). Oleh kerana mammogram meggunakan prinsip ionized radiation, ia tidak digalakkan dijalankan terhadap wanita di bawah umur 40 tahun kerana wanita di bawah umur 40 tahun juga terdedah kepada risiko barah payudara, maka ultrasound lebih banyak menjadi pilihan.

3. Digunakan semasa prosedur biopsi (fine needled biopsy)

Sekiranya ketulan atau benjolan yang ditemui dalam ultrasound bersifat suspicious doktor akan menjalankan biopsy dengan bantuan ultrasound. Biopsi ialah prosedur dimana sedikit tisu benjolan tersebut diambil dan dihantar ke makmal untuk kajian lanjut samada benjolan itu mengandungi sel kanser.
Breast scan juga dIgunakan sebagai follow-up terhadap benjolan/ketumbuhan yang ditemui sebelumnya.

Bagaimanakah breast scan (ultrasound scan payudara) dilakukan?

Pemeriksaan ultrasound payudara tidak memerlukan sebarang persediaan tertentu. Sebaiknya, hadir dengan pakaian yang ringkas (simple) dan selesa kerana anda akan diminta menanggalkan pakaian dan memakai gaun pemeriksaan. Sesetengah klinik/hospital akan meminta anda menanggalkan barang kemas, tetapi pemakaian barang kemas tidak akan menjejaskan keputusan ultrasound.
Selepas berpakaian gaun pemeriksaan, anda akan diminta berbaring telentang. Sonographer akan mula menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap tisu payudara. Kemudian, gel ultrasound akan diletak di atas payudara. Transducer ultrasound akan “dilalukan” di keseluruhan permukaan breast termasuk ketiak. Songrapher akan memerhatikan komposisi tisu payudara dalam skrin ultrasound. Sekiranya tumor dapat dikesan, klasifikasi tumor akan dilakukan untuk menentukan rawatan susulan (jika perlu) dan sebagainya.

Adakah breast scan menyakitkan?

Ultrasound scan payudara tidak melibatkan tekanan kuat terhadap tisu payudara. Anda tidak akan berasa sakit.

Bagaimanakah keputusan ultrasound scan payudara?

Imej-imej yang diperolehi semasa pemeriksaan ultrasound akan disemak oleh radiologist atau doktor yang bertauliah mengintepretasi imej-imej ultrasound payudara. Keputusan tersebut akan diterangkan kepada anda. Laporan bertulis juga akan disediakan untuk rekod anda.
Doktor akan menerangkan secara terperinci sekiranya, follow-up atau rawatan susulan diperlukan.

Apakah jenis-jenis ketumbuhan atau tumor payudara (breast lump)?

Secara amnya, ketumbuhan atau tumor terbahagi kepada 2 jenis samada tumor bersifat cecair (cyst) atau tumor bersifat solid tissue.

Sumber: Sonographr.com

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib