baby scan

Tepatkah Imbasan Ultrasound Dalam Menentukan Jantina Bayi ??

Doktor telah menentukan jantina bayi saya sebagai anak lelaki. Tetapi sebulan kemudian, doktor itu mengesahkan bayi kami sebenarnya anak perempuan.

Terlalu awal



Masa terbaik untuk menentukan jantina bayi anda adalah di antara 18-20 minggu.
Ultrasound yang dilakukan sebelum ini tidak semestinya bergantung kepada bentuk kemaluan luaran. Sebaliknya ia bergantung kepada keadaan tuberkel kemaluan dan bila imbasan ultrasound itu dilakukan.

Jenis peralatan

Tidak semua mesin ultrasound dicipta sama rata. Sesetengah klinik tidak menaik taraf mesin ultrasound mereka ke mesin yang paling terkini. Malah ada yang masih menggunakan mesin yang lama yang tidak boleh memberi gambaran yang jelas.

Bayi malu

Tidak semua bayi suka menunjuk-nunjuk. Ramai ibu-ibu telah berkongsi pengalaman, tentang bayi mereka yang suka menutup kemaluan mereka semasa pemeriksaan. Apabila ini berlaku, penentuan jantina bayi itu akan dibuat dengan berasaskan imej ultrasound yang kurang memuaskan itu.
Ia juga lebih sukar untuk mengetahui jantina bayi itu jika bayi berada dalam kedudukan berikut:
  • kedudukan songsang,
  • dengan kaki bersilang,
  • tangan yang berhampiran dengan kemaluan mereka,
  • dan lain-lain.
Seorang doktor/sonographer yang kurang pengalaman boleh membuat kesilapan.

Kami dari Sonovision Ultrasound adalah pakar sonographer akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda dan keluarga.
 PERCUMA kalau tak jumpa muka baby (90% berjaya)
PERCUMA kalau tak jumpa jantina baby (>22minggu ke atas)
BAYARAN BALIK kalau salah jantina (>22minggu ke atas)
* ramalan jantina bermula seawal 15minggu (70% ketepatan)
Booking di sini: Sonovision Ultrasound
Sumber: Very Well

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib