baby scan

Cara Membaca Scan Ultrasound

Setiap kali mengandung mesti tak sabar nak scan baby kan ?
Macam-macam perkara kita dapat tahu mengenai bayi dalam kandungan seperti ukuran panjang, berat, degup jantung dan jantina.

Ultrasound sekarang juga sudah makin canggih hingga boleh di buat secara 3D dan 4D. Ini bermakna dah boleh lihat keadaan bayi dengan lebih jelas termasuklah rupanya sekali. Di bawah ini adalah gambaran scan dalam bentuk 3D untuk salah seorang anakku. Ualls boleh lihat sendiri betapa detailnya maklumat yang terpapar di situ.




TAPI ramai ibu-ibu yang tak faham huruf-huruf singkatan yang digunakan ke atas keputusan ultrasound ini kan ?

Mari kami terangkan.

Antaranya ialah......

    > GA (Gestational Age) : Ini menunjukkan perkiraan umur kehamilan, berdasarkan panjang lengan, kaki ataupun diameter kepala. 

    GS (Gestational Sac) : Ini adalah ukuran kantung kehamilan. Ia hanyalah berupa sebuah bulatan  berwarna hitam. Biasanya di ambil pada trisemester awal.


    CRL (Crown Rump Length) : Ukuran jarak daripada puncak kepala ke ‘ekor’ bayi. Ini juga biasa digunakan oleh doktor untuk mengukur janin di usia kehamilan trisemester pertama.


    BPD (Biparietal diameter) : Ukuran tulang pelipis kiri dan kanan. Biasanya digunakan untuk mengukur janin di trisemester ke-2  atau ke-3.

    FL (Femur Length) : Ukuran panjang tulang paha bayi.

    HC (Head Circumferencial) : Ukuran lingkaran kepala bayi. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan bayi pada trismester ke-dua dan ke-tiga.


    AC (Abdominal Circumferencial) : Ukuran lingkaran perut bayi. Jika dikombinasikan dengan BPD maka ia akan dapat menghasilkan perkiraan berat bayi.


    FW (Fetal weight) :  Berat janin di dalam kandungan.


    F-HR (Fetal Heart Rate) : Frekuensi pergerakan jantung bayi.


    FTA (Fetal Trunk Abdominal) : Merupakan ukuran panjang bayi.

    EFW (Estimation Fetal Weight) : Jangkaan berat bayi.

    >  LMP (Last Menstrual Period) : Hari pertama haid yang terakhir.

    EDD (Estimated Delivery Date) : Tarikh jangkaan bersalin.

    No comments:

    Post a Comment

    | Designed by Colorlib