baby scan

10 Masalah Bayi Baru Lahir Tetapi Sebenarnya Normal

Ada beberapa perkara mengenai kesihatan bayi yang baru lahir yang mungkin merisaukan tapi sebenarnya normal.
Jadi ibubapa tidk perlu bimbang.

1. Kulit bayi nampak kering



Selama 9 bulan bayi anda itu dilitupi oleh cecair yang melindungi dan membantu mengawal suhu di dalam rahim ibu.
Oleh itu, kulit bayi baru lahir agak sedikit kering apabila kulit mereka baru terdedah kepada udara.
Kadang-kadang, kulit bayi anda juga akan mengupas. Tetapi jangan risau, anda boleh sapukan sedikit losyen bayi yang tidak menimbulkan alahan.
Kuit bayi baru lahir sangatlah sensitif, jadi jangan hairan apabila melihat ruam atau bintik kecil seperti jerawat pada kulit bayi anda.

2. Darah keluar dari vagina bayi perempuan

Selama tempoh kehamilan, hormon estrogen yang dialami ibu hamil juga boleh memberi kesan kepada rahim janin perempuan. Ini adalah perkara normal dan sesetengah bayi perempuan akan datang period di minggu pertama selepas dilahirkan.

3. Ubun-ubun lembut pada bayi


Apabila baru dilahirkan, kepala bayi baru lahir akan terasa lembut di bahagian tengkorak.  Ini adalah normal kerana bahagian ubun-ubun kepala yang lembut dapat membantu bayi anda turun melalui saluran kelahiran. Tengkorak bayi anda akan menjadi keras apabila dia semakin tua.

4. Rongga kecil di dada bayi

Menurut pakar, tulang dada terdiri dari 3 bahagian. Rongga yang anda lihat mungkin bahagian paling bawah dari tulang dada bayi.Seiring dengan perkembangan bayi baru lahir, otot dada dan perutnya akan menarik tulang tersebut sehingga ia menjadi lurus dan rongga itu hilang.Tetapi sebelum ini berlaku, jaringan lemak bayi akan melindungi bahagian tersebut.

5. Najis cair seakan-akan cirit-birit selepas minum susu ibu


Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif selalu membuang air besar setiap kali selesai menyusu kerana susu ibu senang dicerna oleh badan bayi baru lahir. Bayi yang diberi susu formula pula akan lebih jarang membuang air besar. Jika najis bayi anda nampak cair dan lembut, ini adalah perkara yang normal. Ini kerana bayi anda hanya minum susu dan belum lagi makan makanan pejal.

6. Sering sedu

Pakar berpendapat, bayi sering sedu kerana komunikasi antara otak dan diafragma bayi yang belum sempurna. Ibu bapa tidak perlu rasa bimbang, kerana walaupun anda fikir ia nampak tidak selesa, sedu pada bayi baru lahir tidak berbahaya.

7. Bayi sering menangis


Bayi baru lahir, hanya berkomunikasi melalui tangisan. Apabila terkencing, kelaparan atau ingin didukung, dia akan menangis untuk menarik perhatian anda.
Jangan mengharapkan senyuman atau reaksi lain kerana bayi baru lahir belum pandai melakukannya.

8. Ruam di muka atau jerawat bayi

Hormon ibu yang masih di dalam badan bayi kadang-kadang boleh mencetuskan ruam atau jerawat pada bayi baru lahir. Ini biasanya berlaku pada usia dua minggu atau dua bulan dan tidak berbahaya. Ibu bapa hanya perlu bersihkan muka bayi anda dengan kain yang lembut.

9. Payudara kelihatan besar dan ada cecair di dalamnya

Hormon yang menyebabkan bayi perempuan datang haid juga hormon yang boleh menyebabkan  payudara bayi baru lahir kelihatan besar.Keadaan ini boleh berlaku kepada bayi lelaki dan bayi perempuan.
Biarpun agak mengejutkan, perkara ini hanya sementara saja dan tidak akan memengaruhi kesihatan bayi. Jadi ibu bapa tidak perlu memicit payudara bayi agar cecair itu keluar atau terlalu risau memikirkannya.

10. Sering bersin


Bayi baru lahir mempunyai hidung yang sangat kecil, hanya sedikit mukus akan menyebabkan bayi itu bersin. Hidung bayi yang baru keluar dari rahim yang diisi cecair mungkin sedikit tersumbat sehingga menyebabkannya selalu bersin. Ibu bapa tidak perlu bimbang kecuali bersin bayi diserta dengan mukus berwarna kuning yang tebal. Ini adalah tanda selesema.

Sumber : The Asian Parents Malaysia

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib