pregnancy

13 Tips Cepatkan Proses Bersalin

Bukaan rahim untuk mudah bersalin ni sebenarnya berlainan untuk anak sulung, ke dua dan seterusnya. Selalunya masa untuk anak sulung adalah lebih lama kerana baru pertama kali. Dan tips yang dapat membantu untuk memudahkan tempoh bersalin ini boleh dilakukan bermula daripada beberapa minggu sebelum tiba tarikh jangkaan bersalin itu lagi

Antara tips-tips tersebut adalah :

1. Berjalan kaki
Kajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% dari 663 wanita lebih cepat bukaan rahimnya dan lebih cepat proses bersalin mereka. Secara teorinya, berjalan kaki membantu bayi untuk tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti.
Tetapi, ianya perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Jangan terlalu aktif kerana anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneran nanti.




2. Duduk atas gym ball
Duduk atas gym ball membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.




3. Mencangkung
Seperti duduk atas gym ball, mencangkung juga membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

4. Rangsangan payudara atau bersama suami
Semasa merangsang payudara atau melakukan seks bersama suami, anda akan merembeskan satu hormon yang dinamakan oxytocin. Hormon ini akan membantu proses kontraksi uterus anda. Selain itu juga, sperma dari suami mempunyai prostaglandins yang akan melembutkan rahim anda dan membuatkan rahim lebih bersedia untuk bersalin.

5. Minyak castor
Kaedah ini berasal dari zaman Mesir kuno bagi membantu mempercepatkan bersalin. Satu kajian yang telah berjalan selama 5 tahun telah dilakukan sekumpulan saintis di mana 60ml minyak castor yang dicampur 200ml air suam telah diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.
Hasilnya, wanita yang mengamalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin antara 24 jam selepas minum minyak tadi. Cara ini lebih selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia dan sintetik.

6. Berfikiran positif & banyakkan berzikir
Berfikiran positif dan membayangkan secara visual bukaan serviks anda.
Bagi mereka yang beragama Islam, banyakkan berzikir ketika ini, berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin. Amalkan juga teknik pernafasan yang betul untuk kekal tenang dan bersedia.

7. Mandi air panas
Mandi air panas akan membantu menenangkan otot dan menghilangkan stress. Badan anda akan lebih bersedia untuk melalui proses bersalin.




8. Urutan lembut
Minta suami anda untuk memberikan urutan lembut kerana ia membantu untuk menenangkan anda. Ia juga bermanfaat untuk proses pembukaan serviks. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk atau berbaring dalam posisi yang selesa.

9. Buang air kecil
Pundi kencing yang penuh akan menghalang rasa sakit kontraksi yang memberikan sedikit tekanan pada serviks, dan akibatnya melambatkan proses bukaan. Jadi, kosongkan pundi kencing anda dengan membuang air kecil dengan kerap.

10. Berlutut
Berlutut membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

11. Posisi bersujud
Posisi bersujud membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

12. Memecahkan ketuban
Bidan anda mungkin mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan kelahiran. Ini selalunya tidak disarankan pada peringkat awal kelahiran kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika anda tidak bersalin serta-merta.
Walaubagaimana pun, memecahkan ketuban boleh mempercepatkan proses bersalin kurang 1 jam. Selepas pecahkan ketuban, doktor akan periksa jantung bayi dan periksa sama ada proses tersebut mengganggunya.
Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban pecah dan anda perlu bersedia untuk bertenang dan bernafas. Doktor akan menggunakan alat plastik bercangkuk dan memotong kecil membran. Kemudian doktor akan memasang alat bagi memeriksa denyutan jantung bayi bagi memastikan bayi selamat dan tidak cemas.

13.  Titisan hormon
Jika bergerak banyak dan memecahkan ketuban tidak mempercepatkan proses bersalin, doktor akan sarankan anda mengambil titisan hormon untuk membuatkan kontraksi anda lebih efektif. Jika anda mengambil titisan hormon, bidan perlu memeriksa jantung bayi dengan lebih kerap kerana titisan ini boleh merangsang rahim. Anda akan mendapat kontraksi yang lebih kerap dan kuat yang mungkin akan memberi tekanan kepada anak anda. Oleh itu selalunya, doktor akan sarankan anda untuk mengambil epidural sebelum memberi titisan hormon. Hormon oxytocin akan dimasukkan melalui saluran IV  dan biasanya kontraksi akan bermula dalam 30 minit selepas itu. Hormon ini akan merangsang uterus dan menyebabkan kontraksi yang kuat dan sengat sakit. Atas sebab ini doktor juga akan mencadangkan ubat tahan sakit melalui kaedah epidural.


Sumber: Zuriat, Aseanparent

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib