parentingpregnancy

"Masa Check, Doktor Cakap Anak Seorang - Bila Bersalin, Keluar Kembar!"

pengalaman melahirkan anak kembar, keluhan ibu hamil kembar, melahirkan anak kembar, bersalin anak kembar, anak kembar, cara mengetahui mengandung anak kembar, tanda mengandung anak kembar,

Ibu muda terkejut merasai pengalaman melahirkan anak kembar pramatang..



Ibu muda ini, Devi, risau kerana perlu bersalin bayi pramatang, tapi doktor meyakinkan yang normal untuk bersalin pramatang bila melahirkan anak kembar.

Tapi Devi tertanya-tanya, kenapa doktor tak tahu yang janin di dalam rahimnya adalah kembar?

Imbasan ultrasound boleh memberikan pelbagai maklumat tentang janin dalam kandungan, tapi ini tak bermakna semuanya sentiasa tepat. 


Pengalaman melahirkan anak kembar yang dilalui oleh Devi tanpa mengetahui yang dia mengandung anak kembar ini adalah keadaan di mana salah satu janin bersembunyi hingga tak dapat dikesan semasa ulrasound.
Keadaan ini dipanggil hidden twin.

Bagaimana hidden twin boleh berlaku?

Kes janin kembar tersembunyi memang jarang berlaku. Pemeriksaan ultrasound biasanya boleh memberikan gambaran di dalam rahim, tapi kadang-kadang gambar ini boleh disalah tafsir.
Contohnya, jika anda melakukan imbasan ultrasound pada usia kandungan lapan minggu dan hanya menunjukkan satu embrio, tak mustahil pada akhir trimester pertama atau kedua, doktor boleh melihat ada dua janin yang sedang berkembang dalam rahim.
Gambar dua dimensi semasa pemeriksaan ultrasound biasanya boleh melihat satu embrio dan satu lagi tak kelihatan kerana ia berada di belakang embrio yang kelihatan semasa imbasan ini.
Dalam banyak kes lain, janin kembar tersembunyi berlaku disebabkan kedua-dua janin berada dalam satu kantung hingga membuatkan posisi mereka menjadi sangat dekat dan salah satunya tersorok.

Macam mana pula dengan degupan jantung janin?

pengalaman melahirkan anak kembar, keluhan ibu hamil kembar, melahirkan anak kembar, bersalin anak kembar, anak kembar, cara mengetahui mengandung anak kembar, tanda mengandung anak kembar,


Dalam kehamilan kembar, tak semua degupan jantung bayi boleh dibezakan. Apabila degupan jantung kedua-dia janin selari, berkemungkinan doktor hanya mendengar satu degupan jantung saja.

Degupan jantung janin biasanya hanya boleh didengari pada akhir trimester pertama. Pemeriksaan ultrasound pada bulan-bulan terakhir boleh mengesan kehadiran janin kembar yang tersembunyi.

Melahirkan anak kembar memerlukan persiapan awal dari segi mental, emosi dan kewangan yang berbeza dengan melahirkan seorang anak.

Oleh itu penting untuk anda pastikan anda mengandung kembar atau tidak. 

Sumber : Artikel asal ditulis oleh Fitriyani 

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib