parenting

5 Cara Bayi Tidur Yang Melambangkan Personaliti Mereka, Parents Wajib Tahu!

Sebenarnya, personaliti anak boleh dilihat melalui cara bayi tidur sehinggalah mereka membesar sampai usia tiga tahun. Penting untuk anda sebagai ibu bapa tahu personaliti anak melalui cara bayi tidur agar ia dapat membantu mencorak didikan pada anak dengan lebih baik!
Untuk itu jom kita lihat 5 cara bayi tidur ini yang boleh menggambarkan personaliti mereka. 

#1. Cara bayi tidur – Meniarap 

cara bayi tidur, gaya bayi tidur, personaliti bayi semasa tidur, postur bayi semasa tidur, kedudukan bayi ketika tidur, kedudukan tidur bayi, kedudukan bayi semasa tidur, kedudukan tidur si kecil, bayi tidur, gaya tidur si manja, gaya tidur anak, cara anak tidur, gaya anak ketika tidur
Sememangnya tidur meniarap membuatkan si kecil kelihatan comel sekaligus menunjukkan dia akan membesar jadi seorang yang tenang, gembira, ceria dan selamat.

Namun begitu, postur tidur ini tidak digalakkan kerana ia kurang bagus untuk peredaran darah bayi dan boleh menyebabkan mata kabur atau juling.

Sebaiknya tukar posisi tidur anak dalam kedudukan yang lebih baik seperti terlentang dan kepala di atas bantal. 

#2. Cara bayi tidur – Tak banyak bergerak, kemas dan bersih 


cara bayi tidur, gaya bayi tidur, personaliti bayi semasa tidur, postur bayi semasa tidur, kedudukan bayi ketika tidur, kedudukan tidur bayi, kedudukan bayi semasa tidur, kedudukan tidur si kecil, bayi tidur, gaya tidur si manja, gaya tidur anak, cara anak tidur, gaya anak ketika tidur


Percaya tak memang ada bayi yang tidur sepanjang malam tanpa memberi banyak gangguan kepada ibu bapa!

Malah tangannya rapat di atas dada, tidur tanpa banyak bergerak dan selimut sentiasa berada di sisinya. Apabila bangun pagi, tempat tidur si kecil itu tetap kelihatan kemas dan bersih.


Kalau nak tahu, bayi dalam postur tidur begini sebenarnya anak yang baik dan mendengar kata, tapi personalitinya lebih pendiam dan tak banyak ragam. Malah dia juga selalu rasa gementar dan kurang selamat.


Oleh itu, jika nampak postur bayi sebegini, sebaiknya anda mendidik dia jadi lebih berani dan berinteraksi dengan orang di sekeliling supaya personaliti si kecil itu bertambah baik. 

#3. Gaya tidur seperti tapak sulaiman 


cara bayi tidur, gaya bayi tidur, personaliti bayi semasa tidur, postur bayi semasa tidur, kedudukan bayi ketika tidur, kedudukan tidur bayi, kedudukan bayi semasa tidur, kedudukan tidur si kecil, bayi tidur, gaya tidur si manja, gaya tidur anak, cara anak tidur, gaya anak ketika tidur

Eh, eh ada juga ya gaya tidur seperti tapak sulaiman? Ya ada! 

Kedudukan tidur ini dikatakan sangat comel di mana kedua-dua belah tangan bayi diletakkan di tepi kepala sambil kedua kaki terbuka.


Bayi yang tidur dengan kedudukan sebegini dianggap seorang anak yang popular dengan kecomelan mereka. Selain itu, mereka dilihat sangat ceria dan aktif sehingga disukai ramai orang. 


Apa yang anda boleh buat sentiasa garap personalitinya supaya lebih menarik dan mendidik dia supaya mendengar kata. 

#4. Tidur dengan gerakan empat penjuru 


cara bayi tidur, gaya bayi tidur, personaliti bayi semasa tidur, postur bayi semasa tidur, kedudukan bayi ketika tidur, kedudukan tidur bayi, kedudukan bayi semasa tidur, kedudukan tidur si kecil, bayi tidur, gaya tidur si manja, gaya tidur anak, cara anak tidur, gaya anak ketika tidur

Ada juga si kecil yang suka bergerak banyak tempat hingga membuatkan ibu bapa bimbang jika dia tercedera semasa tidur. 

Namun begitu, tidur dengan gaya ini menunjukkan personaliti si kecil yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa saja. 


Apabila besar, dia mudah dikenali kerana personalitinya yang ceria dan sering menghiburkan. 

#5. Tidur gaya udang 


cara bayi tidur, gaya bayi tidur, personaliti bayi semasa tidur, postur bayi semasa tidur, kedudukan bayi ketika tidur, kedudukan tidur bayi, kedudukan bayi semasa tidur, kedudukan tidur si kecil, bayi tidur, gaya tidur si manja, gaya tidur anak, cara anak tidur, gaya anak ketika tidur

Mesti anda tak tahu kan sebenarnya, bayi juga suka tidur dengan gaya yang kelihatan seperti udang kecil kerana jika mahu tidur lena, dia perlu bergantung pada sesuatu seperti bantal, kain dan tangan juga kakinya yang dijadikan tempat berpaut. 

Tidur dengan gaya ini memang nampak comel, tapi ia sebenarnya melambangkan kurang selamat, diabaikan ibu bapa dan dahagakan kasih sayang. 


Sebaiknya anda sentiasa meluangkan masa dengan si kecil dan memberinya belaian kasih sayang. Jika tidak dia mungkin terasa diabaikan apabila dewasa kelak dan kurang bergaul dengan orang sekelilingnya. 

Semoga bermanfaat. 



Sumber : Era Baru






No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib