pregnancy

Penjagaan Asas Buat Ibu Baru Melahirkan



1. Jumlah pelawat mestilah di hadkan supaya si Ibu tidak terdedah risiko mendapat demam, selsema atau lain-lain penyakit berjangkit.

2. Si Ibu mesti mandi air suam sejurus selapas melahirkan.

3. Berehat itu perlu. Si Ibu perlu rehat secukupnya beberapa hari yang pertama, kemudian setelah minggu kedua, bolehlah Ibu bergerak perlahan-lahan. Minggu ketiga bolehlah mula buat kerja-kerja rumah yang ringan.

4. Hubungan ranjang tidak dibenarkan sama sekali selama 40 hari, supaya si Ibu tidak terdedah kepada jangkitan atau tiada kuman memasuki rahim.

5. Perhatian perlu diberi untuk menambah nutrisi bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin dan juga untuk meningkatkan produksi susu. Oleh itu si Ibu perlu mengambil diet seimbang seperti protein daging, cecair, vitamins dan mineral.

6. Si Ibu juga perlu mendapatkan konsultasi dari doktor untuk memastikan tempoh nifaas berjalan lancar dan keadaan Ibu kembali normal seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib