parenting

Kepentingan Menggunakan Carseat Untuk Anak Kecil

Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak-anak, adalah amat penting untuk membeli carseat dan melatih anak-anak supaya duduk di dalam carseat. Kerana malang tidak berbau. Kisah diatas adalah sebahagian daripada kisah ibu bapa yang terlepas pandang terhadap keselamatan anak-anak. Malang tidak berbau dan tidak dapat diduga.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah penting untuk membeli sebuah carseat untuk anak-anak dan melatihnya supaya duduk di dalam carseat, sehingga anak-anak sudah pandai menjaga diri apabila duduk di dalam kereta.
Bencana menimpa tidak kira waktu, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang kerap membawa anak berjalan jauh untuk melancong.
Masa si suami sedang memandu, memang tidak digalakkan untuk si ibu memangku anak sahaja. Dikhuatiri ketika anak dan ibu sedang tidur, berlaku kemalangan di dalam kereta. Kebanyakan kes kematian anak kecil semasa kemalangan disebabkan anak dipangku sahaja lalu tercampak keluar kereta. Si ibu pula tertidur dan anak tidak dipegang erat.

Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri
shutterstock_182235569-1
Untuk ibu yang selalu memandu tanpa suami di sisi, dan hanya membawa anak kecil, alat ini amat diperlukan. Anak yang masih bayi atau kanak-kanak berusia bawah 5 tahun memerlukan pengawasan orang dewasa semasa tinggal di dalam kereta.
Oleh itu, ibu yang sedang memandu tidak mampu memandu dan memujuk anaknya di dalam kereta. Walaupun pada permulaannya amat payah, namun apabila dibiasakan, anak kecil mampu duduk dengan tenang di dalam carseat.

Bayi atau anak kecil boleh berdikari-tidur sendiri
shutterstock_481694002-1
Anak yang sudah kenyang dengan susu dan apabila lampin anak sudah ditukar, anak boleh tidur sendiri tanpa mengharapkan ibunya mendodoikannya tidur. Apabila sudah terbiasa tidur di dalam carseat, dengan gegaran di dalam kereta seoalah-olah di dalam buaian si comel pasti tidur lena.

Anak tahu apa itu perbuatan yang rutin
shutterstock_294037802-1-1
Apabila kita membiasakan anak tidur di dalam carseat, kita telah mengajar anak untuk biasa dalam aktiviti yang rutin. Dengan itu, anak lebih berdisiplin dan mudah untuk mengawal anak. Anak mudah keliru jika anak tidak diajarkan perkara yang rutin.

Tips memilih carseat yang elok

Yang selamat
Carseat yang bagus mampu membuatkan anak selesa di dalam kereta lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang selalu membawa anak dalam perjalanan jauh, serta selamat. Ciri-ciri carseat yang selamat ialah memiliki tali keledar yang mampu menahan anak daripada jatuh dan mempunyai kusyen yang tebal untuk melindungi anak daripada hentakan.
Yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama
Banyak pilihan carseat di pasaran. Yang hanya boleh digunakan hanya pada umur tertentu pun ada dijual,misalnya dari umur 0-1 tahun, 1-4 tahun dan daripada anak berusia 0-4 tahun. Harga Carseat amat mahal. Jadi ibu bapa buatlah pilihan yang bijak semasa membeli.Ibu bapa dsarankan untuk membeli carseat yang tahan lama dan boleh digunakan untuk jangkamasa panjang.
Pilihan carseat untuk anak kecil dari 0-4 tahun amat digalakkan. Ibu bapa haruslah mengukur baju di badan sendiri dan haruslah bijak memilih carseat yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan juga bersesuaian dengan kemampuan.
Rujukan: OhBulan

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib